Bohong Sunat


Saya pasti hampir semua orang pernah melakukan penipuan. Sama ada tipu yang kecil2 ataupun sebaliknya. Dan anggap tipu itu sebagai "bohong sunat"..Ade ke istilah bohong sunat sebenarnya? erm, ada saya baca satu buku tu, katanya takde istilah bohong sunat sebenarnya,. cuma dalam Islam, ada situasi tertentu yang diberi kelonggaran sekiranya ia dapat menghindarkan kemudaratan. Situasi tersebut ialah ketika peperangan; untuk mendamaikan manusia; dan antara suami isteri demi menjaga silaturrahim. Walau bagaimanapun, ada hadnya juga di mana sekiranya berkata benar dapat memberi maksud yang sama (kebaikan), tidak harus berdusta dalam situasi itu. Namun sekiranya kebaikan tidak dapat dicapai sekiranya tidak berkata dusta, maka hukumnya harus.

Contoh 1: Seorang lelaki muslim yang dikejar oleh seorang yang zalim yang ingin membunuhnya. Lelaki muslim itu bersembunyi di suatu tempat dan kita mengetahui tempat persembunyiannya. Sekiranya si zalim itu bertanyakan tempat persembunyian lelaki tadi, maka dibolehkan berkata dusta demi menyelamatkan nyawa lelaki tersebut.

Contoh 2: Si polan dan si polin merupakan dua insan yang sedang bersengketa. Kita merupakan kawan si polan dan si polin ni. Bila si polan mengadu kepada kita tentang si polin, maka kita janganla jadi batu api pulak. Kita boleh ambil langkah dengan menyatakan kebaikan si polin, misalnya katakan si polin ingin meminta maaf kerana tidak mahu sengketa ini berterusan. Kita jumpa si polin pula dan katakan si polan menyesali apa yang berlaku dan ingin meminta maaf padanya. Walaupun hakikatnya kita tidak berkata benar, namun untuk mendamaikan mereka, maka hukumnya adalah harus.

Contoh 3: Seorang isteri baru belajar masak makanan kegemaran suaminya daripada ibu mertuanya. Suatu hari, si isteri cuba masakan tersebut dan berharap suaminya akan menyukai hidangan itu. Si isteri bertanyakan kepada suaminya, "bang, sedap tak ayang masak hari ni?", lalu si suami menjawab "sedapppp...! sebijik macam mak masak!" (walaupun sebenarnya tidaklah seperti air tangan ibunya) namun untuk menjaga hati si isteri, menipu begitu adalah harus. 

Perlu diingat had dan batasan mendusta. Bukan semua keadaan diharuskan berdusta. Kewajipan dan hak pasangan perlu dilaksanakan. Bohong sunat "Bohong harus" ni bukan alasan untuk tidak berlaku adil atau tidak setia atau main kayu tiga kerana pembohongan sebegitu hanyalah helah bela diri untuk menutup kesilapan sendiri. Wallahualam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: