Over 50 million people in Asia are getting the latest updates from #ChurpChurp! Don't miss out on the fun here!

Over 50 million people in Asia are getting the latest updates from #ChurpChurp! Don't miss out on the fun here!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tanda2 seseorang menipu

Yariibaaa2..andreee...ha, korang penah kantoi tak bila menipu? pernah detect orang lain yang menipu korang? kalau semua orang macam pinocchio senangla nak detect, asal tipu je hidung panjang..asal hidung panjang je menipu...

pinocchio dengan hidung panjangnya :p
 hahaha, tapi tu cuma kartun je. realitinya kalau seseorang berbohong, kita memang boleh kenal pasti. ada beberapa tanda yang menunjukkan seseorang tu menipu. untuk yang tak tau lagi, kat sini saya kongsi sket info untuk kenal pasti bagaimana mengetahui seseorang tu bercakap bohong.
  • tidak melakukan eye-contact
    • bila seseorang tu bercakap sesuatu yang tidak benar, dia automatik tidak akan berani memandang tepat ke arah mata korang
    • tapi untuk penipu tegar, diorang ni mungkin dah biasa berpura-pura dan cuba jugak pandang tepat ke mata korang. kalau macam tu, cuba tengok anak mata ngan pelupuk mata dia, sure anak mata mengecil dan pelupuk seakan2 bergerak.
  • menggaru hidung/telinga
    • tindak balas tubuh si penipu tadi secara tidak langsung akan menggaru/menyentuh hidung, telinga, muka dll tanpa semena-mena. (lain la kalau ada lalat hinggap kat batang hidung tu)
  • gelisah
    • tangan dan badan berpeluh, nafas dan degupan jantung semakin laju, menarik nafas dalam, duduk tak diam (sebab rasa tak selesa akibat menipu), betulkan kedudukan, tangan dimasukkan ke dalam poket, memeluk tubuh, menggaru kepala yang tak gatal pun, telan air liur, suara tersekat atau berdehem
    • kalau keadaan asal sangat tenang, tetiba dia jadi panik or nampak gelabah, baik korang siasat betul2 apa tipu daya yang cuba dia lakukan
  • ubah topik
    • orang yang sedang menipu ni cukup suka kalau topik perbualan diubah. kalau korang ubah topik, tengok kelegaan pada raut wajah dia. dari situ dah boleh nampak dia tipu ke tak
  • gerakan mata
    • ada beberapa gerakan mata yang boleh menyatakan apa yang tersirat di sebalik kata2 seseorang
    • secara ringkasnya kalau mata digerakkan ke arah kiri (tepi/atas), maka sah lah dia menipu atau mereka-reka cerita
    • tapi kalau gerakan anak mata ke kanan, dia sebenarnya sedang mengingat kembali sesuatu. tak percaya? cuba jawab soalan ni; tarik nafas dulu, tenangkan fikiran, ready? soalannya berbunyi mcm ni- lunch kelmarin awak makan lauk apa? ha, anak mata tu ke arah kanan kan? ape, tak perasan? erm, mata tak berganjak dari skrin komputer?? ohh, betul jugak, mana boleh lunch, kan tengah puasa..tak pe la, cuba try test kat partner dengan pelbagai soalan, u'll discover this. bare in mind, kalau kidal terbalik dengan right-handed. lain kali saya akan ulas lebih lanjut dalam post yang lain. insyaAllah :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bohong Sunat


Saya pasti hampir semua orang pernah melakukan penipuan. Sama ada tipu yang kecil2 ataupun sebaliknya. Dan anggap tipu itu sebagai "bohong sunat"..Ade ke istilah bohong sunat sebenarnya? erm, ada saya baca satu buku tu, katanya takde istilah bohong sunat sebenarnya,. cuma dalam Islam, ada situasi tertentu yang diberi kelonggaran sekiranya ia dapat menghindarkan kemudaratan. Situasi tersebut ialah ketika peperangan; untuk mendamaikan manusia; dan antara suami isteri demi menjaga silaturrahim. Walau bagaimanapun, ada hadnya juga di mana sekiranya berkata benar dapat memberi maksud yang sama (kebaikan), tidak harus berdusta dalam situasi itu. Namun sekiranya kebaikan tidak dapat dicapai sekiranya tidak berkata dusta, maka hukumnya harus.

Contoh 1: Seorang lelaki muslim yang dikejar oleh seorang yang zalim yang ingin membunuhnya. Lelaki muslim itu bersembunyi di suatu tempat dan kita mengetahui tempat persembunyiannya. Sekiranya si zalim itu bertanyakan tempat persembunyian lelaki tadi, maka dibolehkan berkata dusta demi menyelamatkan nyawa lelaki tersebut.

Contoh 2: Si polan dan si polin merupakan dua insan yang sedang bersengketa. Kita merupakan kawan si polan dan si polin ni. Bila si polan mengadu kepada kita tentang si polin, maka kita janganla jadi batu api pulak. Kita boleh ambil langkah dengan menyatakan kebaikan si polin, misalnya katakan si polin ingin meminta maaf kerana tidak mahu sengketa ini berterusan. Kita jumpa si polin pula dan katakan si polan menyesali apa yang berlaku dan ingin meminta maaf padanya. Walaupun hakikatnya kita tidak berkata benar, namun untuk mendamaikan mereka, maka hukumnya adalah harus.

Contoh 3: Seorang isteri baru belajar masak makanan kegemaran suaminya daripada ibu mertuanya. Suatu hari, si isteri cuba masakan tersebut dan berharap suaminya akan menyukai hidangan itu. Si isteri bertanyakan kepada suaminya, "bang, sedap tak ayang masak hari ni?", lalu si suami menjawab "sedapppp...! sebijik macam mak masak!" (walaupun sebenarnya tidaklah seperti air tangan ibunya) namun untuk menjaga hati si isteri, menipu begitu adalah harus. 

Perlu diingat had dan batasan mendusta. Bukan semua keadaan diharuskan berdusta. Kewajipan dan hak pasangan perlu dilaksanakan. Bohong sunat "Bohong harus" ni bukan alasan untuk tidak berlaku adil atau tidak setia atau main kayu tiga kerana pembohongan sebegitu hanyalah helah bela diri untuk menutup kesilapan sendiri. Wallahualam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

i'm back!

yeehaa......
dah lama tak update and hantar post ke blog ni. bukan setakat bz je, siap lupa password lagi, dah tu password recovery dihantar ke alamat email yang dah berkarat....puas la recall balik password email lama tu plak!nasib baik akaun email tu tak kene delete lagi,,lol :p
bila tengok balik, dah bertahun x sentuh blog ni. agaknya kalau ada anak, dalam tempoh tu dah boleh berlari pun anak tu....huhu 
so dah tak sabar2 nak tulis post seterusnya (julung2 kalinya bagi tahun ni) ahahaha.... :p
oh, one more thing, thank you so much buat followers yang sudi follow blog tak seberapa ni. insyaAllah lepas ni saya akan tambah lebih info2 yang menarik buat tatapan semua. boleh vote jugak sama ada lucu/menarik/hebat dalam ruangan reactions sejurus lepas korang baca post tu. err, should i add another option for this vote such as "bosan"?? ekekeke
ok la, stakat ni dulu celoteh kali ni, the next post will be macam mana nak detect seseorang tu menipu kita. oh, sebelum tu, suka saya nak kongsi tentang 'bohong sunat'. check it out!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS