Madu

Kali ni saya nak kongsi info pasal madu. Bukan madu tiga ok. Madu yg saya maksudkan ialah madu lebah. Saya pasti semua orang dah tau madu lebah ni baik untuk kesihatan. Dalam al-Quran pun ada disebutkan pasal madu dengan khasiatnya. Antaranya dalam surah An-Nahl ayat 68-69 yang bermaksud:

'Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang diciptakan manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap (jenis) buah-buahan dan turutlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu).” Dengan itu akan keluarlah dari perutnya (lebah itu) minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda (kemurahan Allah) bagi orang yang berfikir.'



Lebah mengambil nektar daripada bunga untuk menghasilkan madu

Allah SWT juga berfirman dalam surah tersebut iaitu Rasulullah SAW ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Qur’an seperti mana Sabda baginda:

"Ambillah (pergunakanlah) olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur’an."

Selain itu, Rasulullah SAW turut bersabda:

"Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."

Madu juga telah dibuktikan berkhasiat dari segi saintifik. Selain kandungan glukosa, sukrosa, dan fruktosa, madu juga mengandungi sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potassium, sodium, klorin, sulfur, iodin, zat besi, dan fosfat. Madu juga mengandungi vitamin B1, B2, B3, B6, dan juga vitamin C. Komposisi dan warna madu berbeza bergantung kepada nektar yang diambil oleh lebah serta cuaca atau musim ia dihasilkan. 





Pelbagai warna madu




Kaedah Menguji Keaslian Madu
Nak tau macam mana nak kenal pasti madu asli atau pun tak? Caranya mudah saja, berikut beberapa tips menguji madu asli yang boleh dilakukan sendiri di rumah:

  • Letak di dalam peti sejuk beku (freezer), madu asli tak akan beku.
  • Titiskan madu pada kertas, madu asli tak mudah menyerap.
  • Madu asli yang disimpan dalam botol akan mengeluarkan bunyi 'pop' apabila tudung botol dibuka (cuma untuk tempoh awal penyimpanan di mana penutup tersebut tidak dibuka pada masa yang agak lama). Kalau dah lama atau dah pernah bukak penutup tersebut, bunyi tadi tidak terhasil.
  • Titiskan madu pada permukaan rata, (titis ye, bukan tuang) madu asli akan terbentuk seperti hemisfera, tapi madu campuran akan mudah meleleh.
  • Tuangkan air yang telah berisi madu dalam gelas, goncangkan atau pusing lawan arah jam, akan terbentuk seperti heksagon atau rupa seperti sarang lebah pada madu asli.
  • Tuangkan madu ke dalam cawan yang berisi air, madu tersebut akan membentuk lingkaran seperti sarang lebah juga.
  • Madu asli tidak akan disentuh oleh semut, so cuba la dedahkan amaun yang kecil kepada sang semut, kalau semut tu lari buat tak tau je, memang sah la madu asli. Tapi kalau botol madu pun semut dah kenduri, confirm madu tiruan.
  • Madu asli jika dituang, ia seperti tali, tidak putus alirannya.
Madu yang dituang tidak terputus alirannya
    • Cuba tuangkan air suam ke dalam cawan yang berisi madu. Kalau air suam tadi cepat keruh, ternyata madu itu tidak asli. Madu asli tidak akan mengeruhkan air selagi tidak dikacau.
    • Madu asli tidak akan rasa manis menyengat, tapi akan rasa sedikit masam kerana kadar keasidan yang terdapat dalam madu tersebut. Namun begitu tahap keasidan berbeza iaitu dalam julat pH3.4 hingga pH6.1. Madu tulen biasanya mempunyai pH3.5-4.5. Perbezaan ini berlaku atas perubahan cuaca atau musim, misalnya musim hujan, tahap keasidan madu semakin tinggi.
    • Cuba panaskan ½ sudu besar madu di atas lilin, kalau madu asli buihnya akan membesar dan akan terus membuak jika terus dipanaskan, berbaza dengan madu campuran, buih yang dihasilkan kecil-kecil seperti air mendidih.
    • Jika dibiarkan madu di dalam botol terlalu lama, ia akan membentuk gelang pollen atau propolis di bahagian atas.

    Cara Makan Madu
    • Erm, mungkin ada yang tak tau madu tak boleh diminum dengan menggunakan objek logam. Logam dikatakan menyerap tenaga. Dengan menggunakan logam dikhuatiri khasiat madu tidak dapat diperoleh secara optimum. Oleh itu, sekiranya ingin menikmati madu, gunakanlah sudu plastik atau seramik. Begitu juga dengan cawan. Elakkan cawan besi.
    • Madu boleh diminum terus dari sudu atau dicampurkan dengan air. Sekiranya ingin mencampurkan dengan air, elakkan daripada menggunakan air panas mahupun air sejuk. Sebaik-baiknya gunakan lah air yang suam (suam-suam kuku). Sediakan air suam terlebih dahulu, jangan dicampur air panas dengan madu kemudian disuamkan dengan air sejuk.
    • Boleh juga minum satu sudu madu kemudian minum segelas air putih.
    • Madu juga boleh menggantikan gula dalam menghasilkan minuman seharian. Ia baik untuk pesakit diabetis. Sebaik-baiknya, kacau air yang dicampur madu dengan putaran lawan arah jam (anticlockwise). FYI, pusingan tawaf keliling kaabah juga adalah anticlockwise.
    • Untuk umat Islam, digalakkan meminum madu dengan niat mengamalkan sunnah Rasulullah. Macam serampang dua mata, sihat pun dapat, pahala pun dapat. 2-in-1, siapa yang tak nak kan! Sebelum minum madu, jangan lupa baca bismillah dan selawat. Selain itu, boleh juga baca doa seperti berikut:
      • "Ya Allah, aku minum madu ini adalah keranaMu ya Allah & kerana hendak menghidupkan sunnah Nabi Muhammad SAW. Oleh itu, berkat janjiMu di dlm al-Quran & berkat kekasihMu Muhammad SAW sembuhkanlah penyakitku sama ada yg nyata atau yang tersembunyi. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. Amin."

    Cara Menyimpan Madu

    • Jangan simpan madu di dalam peti sejuk.
    • Elakkan daripada cahaya matahari (direct sunlight)
    • Jauhkan daripada tempat yang mempunyai kelembapan yang tinggi. Ini kerana madu bersifat hidroskopik (menyerap air).
    • Jangan biarkan bekas madu terdedah kepada udara. Sifat hidroskopik ini akan menyebabkan madu itu semakin cair jika berbuat demikian.
    • Sebaik-baiknya madu disimpan dalam bekas kaca. Bagaimanapun ia boleh juga disimpan dalam bekas plastik jenis PET dan bukan jenis PVC. Jangan simpan dalam bekas logam.

    Kalau nak diikutkan panjang lagi ulasan yang nak disampaikan berkenaan madu ni. Tapi buat masa sekarang memadai dulu dengan info hari ni. Akhir kata, semoga artikel ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca di luar sana. InsyaAllah :-)



    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS