Tanda2 seseorang menipu

Yariibaaa2..andreee...ha, korang penah kantoi tak bila menipu? pernah detect orang lain yang menipu korang? kalau semua orang macam pinocchio senangla nak detect, asal tipu je hidung panjang..asal hidung panjang je menipu...

pinocchio dengan hidung panjangnya :p
 hahaha, tapi tu cuma kartun je. realitinya kalau seseorang berbohong, kita memang boleh kenal pasti. ada beberapa tanda yang menunjukkan seseorang tu menipu. untuk yang tak tau lagi, kat sini saya kongsi sket info untuk kenal pasti bagaimana mengetahui seseorang tu bercakap bohong.
  • tidak melakukan eye-contact
    • bila seseorang tu bercakap sesuatu yang tidak benar, dia automatik tidak akan berani memandang tepat ke arah mata korang
    • tapi untuk penipu tegar, diorang ni mungkin dah biasa berpura-pura dan cuba jugak pandang tepat ke mata korang. kalau macam tu, cuba tengok anak mata ngan pelupuk mata dia, sure anak mata mengecil dan pelupuk seakan2 bergerak.
  • menggaru hidung/telinga
    • tindak balas tubuh si penipu tadi secara tidak langsung akan menggaru/menyentuh hidung, telinga, muka dll tanpa semena-mena. (lain la kalau ada lalat hinggap kat batang hidung tu)
  • gelisah
    • tangan dan badan berpeluh, nafas dan degupan jantung semakin laju, menarik nafas dalam, duduk tak diam (sebab rasa tak selesa akibat menipu), betulkan kedudukan, tangan dimasukkan ke dalam poket, memeluk tubuh, menggaru kepala yang tak gatal pun, telan air liur, suara tersekat atau berdehem
    • kalau keadaan asal sangat tenang, tetiba dia jadi panik or nampak gelabah, baik korang siasat betul2 apa tipu daya yang cuba dia lakukan
  • ubah topik
    • orang yang sedang menipu ni cukup suka kalau topik perbualan diubah. kalau korang ubah topik, tengok kelegaan pada raut wajah dia. dari situ dah boleh nampak dia tipu ke tak
  • gerakan mata
    • ada beberapa gerakan mata yang boleh menyatakan apa yang tersirat di sebalik kata2 seseorang
    • secara ringkasnya kalau mata digerakkan ke arah kiri (tepi/atas), maka sah lah dia menipu atau mereka-reka cerita
    • tapi kalau gerakan anak mata ke kanan, dia sebenarnya sedang mengingat kembali sesuatu. tak percaya? cuba jawab soalan ni; tarik nafas dulu, tenangkan fikiran, ready? soalannya berbunyi mcm ni- lunch kelmarin awak makan lauk apa? ha, anak mata tu ke arah kanan kan? ape, tak perasan? erm, mata tak berganjak dari skrin komputer?? ohh, betul jugak, mana boleh lunch, kan tengah puasa..tak pe la, cuba try test kat partner dengan pelbagai soalan, u'll discover this. bare in mind, kalau kidal terbalik dengan right-handed. lain kali saya akan ulas lebih lanjut dalam post yang lain. insyaAllah :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

USA Digitizers: Transforming Embroidery with Prominent Digitizing berkata...

The pure honey in UAE from Honey Bank is truly exceptional and rich quality honey.