pagar makan padi?!

Erm, pernah dengar tak peribahasa 'harapkan pagar, pagar makan padi'? ok, sebenarnya saya sejak dulu lagi tertanya2 macam mana la orang boleh buat peribahasa mcm tu. I mean, macam mana pagar boleh makan padi lak, ada ke orang tanam padi letak pagar keliling sawah?

Ok, sebenarnya peribahasa yang betul ialah 'harapkan pegar, pegar makan padi'. Kesnya ialah kesilapan dalam menterjemahkan tulisan jawi kepada tulisan rumi. Orang Melayu dulu kan guna tulisan jawi. So bila ditukarkan kepada tulisan rumi, berlakulah kesilapan pegar (ڤڬر ) ditranslatekan diterjemahkan jadi pagar.

"هرڤكن ڤڬر، ڤڬر مكن ڤدي"

Mungkin tak ramai yang tahu apa yang dimaksudkan dengan pegar. Pegar tu sebenarnya sejenis burung walaupun di negara kita ia disebut sebagai ayam pegar, atau dalam bahasa omputehnya disebut sebagai pheasant. Ayam pegar ni merupakan antara spesies yang hampir diancam kepupusan. Siapa yang tak pernah tau macam mana rupa ayam pegar ni, sila la tengok gambar ni...

ayam pegar / burung pegar



hey, look at me! i'm so gorgeous :p

Cantik kan?! Sedih pulak bila ada pemburu yang menembak haiwan secantik ni.. :'(


harapkan pegar, pegar makan padi 
Ok, berbalik pada cerita ayam pegar dengan peribahasanya, ayam ni makan bijirin dan juga serangga. Maka terhasil lah peribahasa yang menunjukkan kita mengharapkan ayam pegar ni menjaga kawasan bendang dengan memakan serangga perosak. Namun dalam masa yang sama, ayam ni jugak makan padi kita tu. Macam tu la lebih kurang, so terjawablah persoalan peribahasa 'harapkan "pagar", "pagar" makan padi'.

Lagi satu, perumpamaan 'bagai melepaskan batuk di tangga'. Dulu masa darjah 5, saya ingat lagi ada cikgu BM masa tu ajar perumpamaan ni. Dia siap buat action batuk 'uhuk..uhuk' lepas tu explain kat murid yang batuk di tangga tu bermaksud buat kerja sambil lewa. Sampai la tahun ni, baru saya tau perkataan 'batuk' tu sebenarnya ialah 'batok'. Itu pun sebab ada program MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkasakan Bahasa Inggeris) kat sekolah. Orang kuat BM skolah explain kat perhimpunan dalam slot MBMMBI. Masa tu, banyak la cikgu-cekgi yang "oohh ahh ye ke".

So saya nak kongsi la kat sini kot2 ada yang tak tau lagi batok ( باتوق ) yang dimaksudkan dalam perumpamaan tu.

Orang dulu2 sebelum masuk rumah mesti basuh kaki. Agaknya masih berkaki ayam masa tu. (Mungkin sebab tak de selipar jepun lagi kot time tu sebab jepun belum datang ke Tanah Melayu) Tak pun sebab lepas berkebun/bertani kaki dah disalut tanah so kena la basuh kaki kan. Jadinya dekat tangga rumah dorang letak la tempayan berisi air. Batok ni la yang digunakan untuk ceduk air dari tempayan tu.

tempurung kelapa + kayu = batok

Bila dah basuh kaki, batok tu tidak diletakkan dengan elok2, contohnya main campak atau lepas 'ikut dan' je bila nak naik tangga. Bukannya batuk uhuk2 kat tangga yer. Ada buku saya masa skolah rendah dulu tentang maksud perumpamaan. Siap ada gambar lagi- ilustrasi orang tengah turun tangga sambil batuk. Nanti kalau jumpa buku tu saya upload gambar yang dimaksudkan tu.

bagai melepaskan batok di tangga
Harap2 tak de lagi salah faham tentang peribahasa dan perumpamaan ni. Bagi cikgu2 yang ajar BM tu boleh la cerita kat murid2, lebih menarik lagi kalau ada gambar boleh tunjuk kat para pelajar. Untuk yang dah tau tu sebar2kan la kepada yang belum tau lagi.  Sharing is caring kan :-)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

FA GA RA = PAGAR ( EJAAN JAWI LAMA )
FA ALIF GA RA = PAGAR ( EJAAN JAWI BAHARU)

BURUNG TERSEBUT ADALAH BERNAMA "PAGAR" PADA ZAMAN DAHULU.

PADA PANDANGAN PERIBADI SAYA. BURUNG TERSEBUT DIBERI NAMA "PAGAR" KERANA DAPAT MEMAGAR TANAMAN PADI DARIPADA DIGANGGU OLEH BURUNG YANG LAIN. MALANGNYA BURUNG TERSEBUT JUGA MAKAN PADI.

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA JILID 4 SUDAH MENUKAR BAHASA "PAGAR" KEPADA "PEGAR".

TERIMA DENGAN HATI YANG TERBUKA.

HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI.





HUJAN TELAH REDA ( EJAAN LAMA )
KITA MESTILAH REDHA DENGAN KETENTUAN TUHAN ( EJAAN LAMA )


HUJAN TELAH REDA ( EJAAN BAHARU )
KITA MESTILAH REDA DENGAN KETENTUAN TUHAN ( EJAAN BAHARU )


"REDA" ADA DUA MAKSUD WALAUPUN EJAAN YANG SAMA.

SAMA JUGA DENGAN PERKATAAN "BATOK" YANG MEMILIKI DUA MAKSUD WALAUPUN MEMPUNYAI EJAAN YANG SAMA. ( EJAAN LAMA )

1. BATOK = SUARA YANG SAKIT ( EJAAN LAMA )
2. BATOK = GAYUNG TEMPURUNG KELAPA ( EJAAN LAMA )

EJAAN BAHARU:
BATUK = SUARA MANUSIA YANG SAKIT (EJAAN BAHARU ) EJAAN SUDAH BERUBAH
BATOK = GAYUNG TEMPURUNG KELAPA ( EJAAN BAHARU) MASIH KEKAL EJAANNYA

Tanpa Nama berkata...

PERIBAHASA MELAYU SANGAT LUAS

PANTUN MELAYU

Selasih-selasih merak melayang, Burung pegar dalam padi; Minta kasih abang tak sayang, Baru tersedar dalam hati.

Sumber : Dewan Bahasa dan Pustaka / Kurik Kundi Merah Saga